Monday, June 29, 2009

naufal : 2nd Injection

hari ni, naufal dan aku kene g check kat hosp utk tempoh sebln. Aku biaselaa kene check untuk tengok keadaan terbaru aku selepas bersalin serta tempat pembedahan tu. tapi Naufal kene injection : Hep B. dan kene buat ujian darah untuk mengetahui tahap kekuningan dalam badan dia. Disebabkan dia merupakan kanak-kanak G6PD deficence, maka tahap kekuningannya memakan masa untuk pulih. Alhamdullilah, keputusan ujian darahnya menunjukkan perkembangan positif. Begitu juga berat badannya. Masa naufal lahir berat badannya 3.18 tapi selepas sebulan berat badannya naik sehingga 4kg. Syukur sesangat. Cerita pasal injection. Naufal hari ni bangun awal pagi dan walaupun dia agak mengantuk tapi ketika di poliklinik rompin, dia berjaga. Selesai ukur berat badan dan yang lain, nurse bawa aku dan naufal ke bilik suntikan, dia masih berbalas senyuman denganku. tiba je waktu suntikan, mukanya yang tenang tetiba jadi merah dan dia menjerit kuat sekali. Kesian dan sayu betul bila aku lihat dirinya dalam keadaan begitu. Aku pun memujuk mengatakan yang anak mama kuat. perlahan-lahan tangisannya mula reda.
Setibanya dirumah, dia tenang tapi apabila ibuku tuamkan air suam ditempat suntikan tu, dia mula menangis laie.alahai, sayu semule rasenye hatiku ini..tapi, alhamdulillah, tangisannya cepat reda. "Naufal, naufal memang anak yang kuat dan sihat. Mama bangga dapat anak lelaki seperti Naufal. Thanks ye, sayang..."

~i'm proud of u, son~

No comments:

Post a Comment