Showing posts with label ceritera naufal. Show all posts
Showing posts with label ceritera naufal. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

majlis cukur jambul

alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hajat aku,suami,atuk dan nenek naufal tuk buat majlis cukur jambul sekali akikah untuk naufal.. semuanya berjalan dengan lancar.. cuma sebelum majlis, tetibe pokok tua berhadapan dengan umah aku tumbang. menutup jalan untuk ke rumah aku dan jiran berhadapan. blackout pulak tue. kami semua gabra... mesti panas dan bahang dalam umah sebab xde elektrik... dan yang paling penting, syukur alhamdulillah tiada sesiapa yang tercedera... kecut perut kitaorg.. dan syukur sekali laie, serta berterima kasih kepada pihak tenaga nasional rompin, pahang yg bertindak segera dalam memperbaiki talian elektrik kami. begitu juga, pihak jkr yg memotong dahan pokok yg tumbang tue. selepas semuanya ok, ahli marhaban pun tiba dan majlis dimulakan... satu yg bahgia ttg naufal pd hari majlis, dia senyap je sepjg marhaban dibacakan begitu juga pada sesi cukur jambul, dia tido dgn lenanya.
alHamdulillah, semuanya sudah selamat. aku ingin mengucapkan terima kasih pada mak, ayah, ipah, imah dan suami serta teha, iirah, bami dan bakal isterinya wid. jasa kalian tak terbalas rasanya..
~terima kasih semua~
~daripada Mohd. Karim, Azyyati Hani dan Ahmad Hazeem Naufal~

Friday, July 3, 2009

naufal ku sayang

~naufal ku sayang~

sudah 2ari naufal berjaga sepanjang ari
maybe sebab suntikan BCG nye sedang menjadi
emmmm..seronok juga dapat sembang ngan dia..
dia pun seakan-akan memahami..

dahlah kalau menggeliat tue, mau dekat 3min..
pastu boleh siap sambung tido balik plak tue bile waktu malamnye..
memang waktu malam dia akan berjaga jam 3am..
tapi aku tak kisah... sebab..
kekadang bile dia tertido aku pun tido juga.. he3!

dia sejak sakit dan badan dia tak sedap nie..
asyik nak berkepit je ngan aku...
kalau tido siang, agak2 aku gerak skjp je..
dah dengar suara dia memanggil..
naufal ... naufal... anak manja mama seorg nie...

~aku yang begitu seronok jadi mama~

Monday, June 29, 2009

naufal : 2nd Injection

hari ni, naufal dan aku kene g check kat hosp utk tempoh sebln. Aku biaselaa kene check untuk tengok keadaan terbaru aku selepas bersalin serta tempat pembedahan tu. tapi Naufal kene injection : Hep B. dan kene buat ujian darah untuk mengetahui tahap kekuningan dalam badan dia. Disebabkan dia merupakan kanak-kanak G6PD deficence, maka tahap kekuningannya memakan masa untuk pulih. Alhamdullilah, keputusan ujian darahnya menunjukkan perkembangan positif. Begitu juga berat badannya. Masa naufal lahir berat badannya 3.18 tapi selepas sebulan berat badannya naik sehingga 4kg. Syukur sesangat. Cerita pasal injection. Naufal hari ni bangun awal pagi dan walaupun dia agak mengantuk tapi ketika di poliklinik rompin, dia berjaga. Selesai ukur berat badan dan yang lain, nurse bawa aku dan naufal ke bilik suntikan, dia masih berbalas senyuman denganku. tiba je waktu suntikan, mukanya yang tenang tetiba jadi merah dan dia menjerit kuat sekali. Kesian dan sayu betul bila aku lihat dirinya dalam keadaan begitu. Aku pun memujuk mengatakan yang anak mama kuat. perlahan-lahan tangisannya mula reda.
Setibanya dirumah, dia tenang tapi apabila ibuku tuamkan air suam ditempat suntikan tu, dia mula menangis laie.alahai, sayu semule rasenye hatiku ini..tapi, alhamdulillah, tangisannya cepat reda. "Naufal, naufal memang anak yang kuat dan sihat. Mama bangga dapat anak lelaki seperti Naufal. Thanks ye, sayang..."

~i'm proud of u, son~

Sunday, June 28, 2009

my sweet baby, naufal

~naufal sayang~

hari-hari mama tak indah tanpamu
Engkaulah penyeri hidup mama dan ayah
walaupun penat dan keletihan
melayan kerenahmu,
mama tetap rasa gembira
kerana dirimu sihat dan cergas selalu

Naufal sayang
gelagatmu mencuit hati
sering tersenyum dan berbalas renungan mata
membuatkan mama berasa begitu bahgia
kerna dirimu seakan-akan memahami
segala yang mama ceritakan.

Naufal sayang
Terima kasih atas kehadiranmu
didalam hidup mama dan ayah..



~sayang anak mama dan ayah, Naufal~

Saturday, June 27, 2009

naufal ooo naufal

~Ahmad Hazeem Naufal b. Mohd. Karim~

naufal, anak sulungku ini sebelum usianya menjangkau sebulan, 2hari sebelum, waktu tidurnya bertukar... bayangkan siang je dia akan tido seawal jam 9pg dan akan bangun cuma dia tak selesa ngan pampersnya dan lapar nak susu... pastu, dia akan sambung tido semule. Akhirnya, mama dia yang jadi mangsa, dia akan terjaga dengan matanya yang bulat membuntang dalam kul 12.oo t/mlm sampailaa jam 4-5pg... bayangkan... sampai tersengguk2 aku dibuatnya melayan dia sembang, nyusu dan kerenah dia yang nak belajat menyusur dan mengiring..walaupun penat, aku tetap bahagia dan gembira dengan kehadirannya. sebab, dialah penyeri hidupku dan suamiku... thanks naufal..
lagi satu, apa yang membuatkan aku bahgia dan gembira menjadi seorang mama, apabila aku berinteraksi dengan naufal, naufal seakan faham dengan memberi isyarat melalui matanya. dan selepas itu dia akan membuat apa yang aku minta tolong darinya. thanks again naufal. u're really a great and cute boy, son...!!

~mama and ayah loves you soooo much~

naufal : sebulan

"Happy One Month Birthday Naufal"

hari ini, 27-06-2009, genapla umur naufal sebulan. begitu cepat masa berlalu dan naufal pun semakin aktif. biasela anak lelaki. huhuhu...walaupun naufal disahkan kanak-kanak G6PD, tapi anakku semakin cerdik dan mampu buat perkara-perkara yang menjangkau umurnya..mula-mula aku pelik, yelaaa dalam umurnya 14hari dia dah menunjukkan niatnya untuk menguatkan lutut dan kakinya untuk menyusur.. bayangkan? lepas tue, pantang kene air nak mandi punyalaa seronok,diam aje dalam tab dia, bile angkat emmmm... kelam kabut orang dibuatnye. ape taknye menjerit dan menangis macam orang kene pukul... aduyai, anak ooo anak... hari ini, dia sudah mula biasakan diri dengan suasana sekeliling dia, dia tak menangis atau merengek melainkan nak tukar pampers, nak susu dan nak mandi. yang lain tu, kalau dia tak tido, dia senyap dan nak kita bermain dan bersembang dengan dia. kekadang tu, terkeluar jugala suara baby dia untuk menjawab apa yang kita tanya. syukur ke hadrat Ilahi, walaupun anakku disahkan bayi G6PD ketika kelahirannya, aku tetap bersyukur bayiku cerdik,cergas dan sentiasa sihat dan aku sentiasa berdoa agar dia menjadi anak yang soleh serta pandai menjaga dirinya kelak.

~mama and ayah loves naufal soooo much~