Saturday, June 27, 2009

kisah pantangku

pada 06-06-09 aku pulang berpantang di kampung. suamiku, adik iparku (ayah teha) yang menghantar aku dan naufal pulang ke kampung.. setibanya aku dikg, makku menyambut ku dengan gembiranya.. aku tahu dia gembira dapat berjumpa anaknya dan cucu lelaki sulungnya. dan yang paling penting dia gembira kerana semuanya selamat. dari pembedahan melahirkan naufal hinggalah pulang ke kampung, alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. berkat doa dari makku, ayahku dan adik beradikku.
berbalik kepada kisah makku, dari mula ku sampai ke kg sampailah sekarang mak begitu menjaga tempoh pantangku dan anakku. pantang anakku nangis, makku akan membantuku menenangkan naufal. selain itu, mak dan adik-adik ku serta ayahku akan berusaha menyediakan makanan yang aku boleh makan. bayangkan ayah aku berusaha cari gamat dan ikan haruan untuk ku makan kerna aku kan melahirkan naufal secara pembedahan.manakala mak dan adikku ifah dan imah akan menyediakan resipi untuk hari2 pantangku. aku taknak menyusahkan sesiapa, tetapi mereka menolong dan menjagaku begitu baik supaya luka pembedahanku pulih sepenuhnya tanpa ada sebarang jangkitan. aku bersyukur mempunyai suami dan keluarga yang begitu memahami yang menyokongku. Alhamdulillah.
Terima kasih semua atas pertolongan semasa tempoh pantang along. jasa baik semua tak terbalas rasenya.

~sayang bangat deh along pada semua~

1 comment:

  1. wah..terharu den..xpela kite sefamily sush sng hadapi bersama ye tak..hu3..

    just take care blik kl nnti ye..syang seme..hi3

    ReplyDelete