Monday, June 22, 2009

kenanganku

waktu ku melihat wajah anakku, aku terkenangkan saat kanak-kanakku.. aku ni boleh dikatakan agak nakal budaknya. Dan selalu rajin meng'explore' benda-benda baru yang aku nampak.. kalau ikutkan macam tak percaya sahaja kerna aku masih ingat kenangan waktu aku berumur 4tahun.. aku ni boleh dikatakan anak mak dan ayah... biasalah anak sulunglaa katakan... tapi akalu buat salah tetap juga kena marah.. heheheheh... satu kenangan yang paling tidak dapat dilupakan waktu aku kena buat pemeriksaan gigi di klinik gigi.. aku mengadu kepada ayah yang aku rasa sakit gigi.. masa tu umurku 5tahun. ayah pun bawa aku ke klinik gigi kerajaan di kawasan kejirananku. Mula-mula aku begitu teruja untuk ke klinik gigi. Tetapi bila giliranku sampai dan terdengar bunyi mesin pembersih gigi, secara automatik aku lari dari bilik rawatan membuatkan keadaan menjadi havoc seketika. Mana taknya, Doktor, jururawat dan ayah aku mengejarku untuk masuk semula ke bilik rawatan. Akhirnya aku kecundang juga. Heeheheheh.. Banyak lagi peristiwa-peristiwa lucu yang terjadi sepanjang zaman kanak-kanakku dan ku pasti korang pun same kan?

2 comments: