Monday, June 22, 2009

seronoknya jadi seorang mama

emmmm... tarikh 27052009 secara rasminya diriku menjadi seorang mama kepada Ahmad Hazeem Naufal bin Mohd Karim. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana proses kelahiran Naufal berjalan dengan lancar dan kami berdua sihat dan selamat. Pertama kali melihat wajah anakku ketika di bilik pembedahan menyebabkan segala perasaan sakit ilang begitu saja. Matanya yang bulat dan memandangku, serta merta menyentuh naluri keibuanku sehingga menitiskan airmata.Baru ku tahu betapa gembiranya perasaan dan hati ibu-ibu diluar sana ketika melihat wajah anak yang dilahirkan. Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan yang menerpa sepanjang tempoh Naufal didalam perut ini tapi semuanya berbayar disaat beliau lahir ke dunia. Selepas seminggu kami berada di hospital, kini tibanya Naufal balik kerumahnya. Kelam kabut juga ayah Naufal membantu aku yang masih berada dalam pantang dan memerlukan penjagaan khas kerana pembedahan. Aku begitu bertuah kerana suamiku serta merta betah dengan kerja rumah. Suamiku mula memasak untuk diriku dan mula mencari tips2 daripada kawan-kawannya untuk menjaga diriku dan Naufal kerana Naufal merupakan cahayamata sulung kami berdua. Terima Kasih yang tak terhingga ku tujukan buat suamiku tersayang, Mohd Karim bin Hassan atas pertolongan dan pengorbanan beliau selama kami berkahwin hingga kini. Berbalik kepada pengalaman pertama menjadi ibu. Apa yang pasti begitu memenatkan tapi begitu gembira dapat melaksanakannya. Pernah satu masa, aku begitu penat dan aku menitiskan airmata kerana risau dengan suara tangis anakku yang tak berhenti-henti. Aku periksa pampersnya, tapi baru sahaja disalinkan. Aku nyusukan dia tapi dia masih menangis dalam nyusu. Aku timang-timang dan dodoikan dia dalam dakapanku masih ada yang tak kena. Suamiku pun kelam kabut jadinya. Akhirnya suamiku dukung Naufal dan dodoi dirinya sambil bacakan ayat2 suci Al-Quran di umbun-umbunnya, tangisannya mula reda walaupun masih berbaki. Alhamdulillah, dia kembali menyusu dan terlena bersama mama dan ayahnya. Itulah salah satu pengalaman yang paling berharga menjadi seorang ibu.

2 comments:

  1. thanks ye alg sbb menambahkn bilangan ank buah ku..hu3

    ur son very cute..hi3

    ReplyDelete
  2. welcome.. maybe atleast 2years from now,
    will try to have another baby... eceh...

    ReplyDelete