Wednesday, July 8, 2009

majlis cukur jambul

alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hajat aku,suami,atuk dan nenek naufal tuk buat majlis cukur jambul sekali akikah untuk naufal.. semuanya berjalan dengan lancar.. cuma sebelum majlis, tetibe pokok tua berhadapan dengan umah aku tumbang. menutup jalan untuk ke rumah aku dan jiran berhadapan. blackout pulak tue. kami semua gabra... mesti panas dan bahang dalam umah sebab xde elektrik... dan yang paling penting, syukur alhamdulillah tiada sesiapa yang tercedera... kecut perut kitaorg.. dan syukur sekali laie, serta berterima kasih kepada pihak tenaga nasional rompin, pahang yg bertindak segera dalam memperbaiki talian elektrik kami. begitu juga, pihak jkr yg memotong dahan pokok yg tumbang tue. selepas semuanya ok, ahli marhaban pun tiba dan majlis dimulakan... satu yg bahgia ttg naufal pd hari majlis, dia senyap je sepjg marhaban dibacakan begitu juga pada sesi cukur jambul, dia tido dgn lenanya.
alHamdulillah, semuanya sudah selamat. aku ingin mengucapkan terima kasih pada mak, ayah, ipah, imah dan suami serta teha, iirah, bami dan bakal isterinya wid. jasa kalian tak terbalas rasanya..
~terima kasih semua~
~daripada Mohd. Karim, Azyyati Hani dan Ahmad Hazeem Naufal~

No comments:

Post a Comment